Fokus Soalan Ramalan
Satu kertas soalan ramalan untuk setiap kelas.
Soalan ramalanKelas live bersama ustaz, rakaman, nota dan latih tubi UPKK yang ditanda serta-merta. Cuba percuma 7 hari.
KAFA Boost Pilihan No. 1 Ibu Bapa
Dua bulan terakhir. Setiap kertas dijawab dalam app, ditanda serta-merta.
Satu kertas soalan ramalan untuk setiap kelas.
Soalan ramalanKertas sebenar tahun lepas, bahagian A hingga D.
Kertas sebenarPada malam sebelum setiap kertas, kami adakan kelas khas untuk subjek yang akan diduduki keesokan harinya. Lihat jadual dan harga.
Peperiksaan UPKK
🎥Bersama ustaz, 4 malam seminggu
✍️Jawab dengan jari. Ditanda serta-merta
▶️Tonton semula bila-bila masa
📄Ringkas dan penuh, istilah bertanda
🧭Yang sudah diajar dan yang akan datang
🗓️Waktu yang sama setiap minggu
👨👩👧👦Semua anak dalam satu akaun
🏆Kumpul mata, tebus app KAFA
🎖️Penghargaan untuk anak yang konsisten hadir
🔔Peringatan sebelum setiap kelas
Bersemangat menyampaikan ilmu dengan penuh hikmah dan kreativiti, supaya pembelajaran menyeronokkan dan memberi impak positif kepada setiap murid.
Membimbing murid mencapai kecemerlangan akademik, sahsiah dan nilai murni dalam persekitaran pembelajaran yang positif, menyeronokkan dan berpusatkan murid.
Sentiasa berusaha memahami keperluan setiap murid dan membimbing mereka dengan penuh sabar.
Amat mementingkan kejelasan penyampaian agar setiap pelajar benar-benar faham, dan komited membimbing semua pelajar walaupun dalam kelas yang ramai.
Ilmu yang difahami kekal lebih lama daripada ilmu yang dihafal, kerana itu kefahaman murid didahulukan sebelum hafalan.
Pencinta ilmu yang komited memastikan murid memahami rancangan pengajaran dengan pendekatan interaktif, berstruktur dan berkesan.
Di setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Terus sabar, berusaha, berdoa dan bertawakkal.
Menuntut ilmu adalah taqwa, menyampaikan ilmu adalah ibadah, mengulang-ulang ilmu adalah zikir, mencari ilmu adalah jihad.
Mendidik dengan ilmu, membimbing dengan hikmah.
If you think you can, yes you can.
Mendidik adalah seni membentuk jiwa, bukan hanya mengisi minda.
Ilmu ialah cahaya. Carilah ia dengan kesungguhan dan amalkanlah ia dengan keikhlasan.
Barisan guru KAFA kami terus bertambah setiap semester.
Buka akaun, tambah anak.
Pilih pakej dan subjek.
Satu sentuhan, terus masuk kelas.
Kehadiran dan mata ganjaran.
Kelas malam, selepas waktu sekolah.
Bayar sekali. Tiada auto-caj. Tempoh 2 bulan menutup September dan Oktober.
Ulang kaji malam sebelum setiap kertas.
Waktu malam. 1 jam setiap kelas.
Harga di atas ialah harga KAFA Boost di semua platform. Jika anda melanggan di dalam app iPhone atau iPad, pembayaran diselesaikan melalui App Store pada harga yang sama. Apple menggunakan senarai harga tetap, jadi sesetengah pakej tertera RM0.10 lebih rendah di App Store.
Ada kod baucar? Kod baucar dan diskaun hanya boleh digunakan apabila membayar di app.kafaboost.my melalui browser atau di dalam app Android, kerana App Store tidak menerima kod kami. Pengguna iPhone boleh membayar di browser dengan kod tersebut, kemudian log masuk dalam app KAFA Boost dengan akaun yang sama. Langganan terus aktif dalam app.
| Pakej (1 bulan) | Web & Android | Dalam app iOS |
|---|---|---|
| Basic | ||
| Pro | ||
| Premium |
Tiga video ringkas. Tonton yang anda perlukan sahaja.



Antara Muka KAFA Boost


















Platform kelas tuisyen dalam talian untuk subjek KAFA. Semuanya dalam satu app: kelas live, rakaman, nota, latih tubi interaktif dan pemantauan ibu bapa.
Buat masa ini, kelas berbayar kami tertumpu pada Tahun 5, iaitu tahun UPKK diduduki. Kelas percuma pula terbuka kepada Tahun 1 hingga 5.
Ada, kelas percuma kami terbuka kepada Tahun 1 hingga 5, dan anak boleh menyertainya tanpa sebarang langganan. Subjek PCHI dan Amali Solat juga percuma untuk semua.
Kelas berbayar pula kini tertumpu pada Tahun 5, kerana itu tahun UPKK diduduki dan di situlah keperluan ibu bapa paling mendesak. Kami akan memaklumkan apabila kelas berbayar dibuka untuk Tahun yang lain.
Ya. Akaun baharu boleh cuba percuma selama 7 hari sebelum melanggan sebarang pakej. Batal bila-bila masa.
7 hari kalendar penuh, dikira dari saat anda memulakan percubaan, bukan 7 hari yang ada kelas. Dalam tempoh itu anak boleh menyertai mana-mana kelas yang berjadual.
Tiada apa-apa dicaj secara automatik, kerana percubaan langsung tidak memerlukan kad. Apabila tamat, akses kepada 7 subjek KAFA berbayar akan ditutup, tetapi akaun anak kekal, begitu juga PCHI dan Amali Solat yang percuma untuk semua. Anda boleh melanggan bila-bila masa untuk membukanya semula.
Tidak. Tiada auto-caj dan tiada kontrak. Anda bayar sekali sahaja untuk tempoh yang dipilih, iaitu 1, 2 atau 3 bulan, dan apabila tempoh itu tamat ia berhenti dengan sendirinya melainkan anda memilih untuk menyambung.
Kelas berlangsung secara live, terus di dalam app KAFA Boost, mengikut jadual mingguan tetap. Selepas kelas, rakaman dan nota sesi di-upload untuk ulang kaji, dan latih tubi bagi kelas itu boleh dijawab terus dalam app.
September: soalan ramalan. Oktober: kertas UPKK tahun lepas. 2 hingga 5 November: peperiksaan.
Setiap kertas dijawab dalam app dan dibincang semula dalam kelas.
Anak menjawab kertas terus dalam app dengan jari: bulatkan, tanda kotak, tarik garisan padanan atau tulis. Tekan Hantar, app terus menanda dan menunjukkan jawapan skema.
Semakan itu automatik, bukan markah rasmi. Latih tubi mengikut subjek pakej anak; semasa percubaan 7 hari, semua subjek terbuka.
Satu subjek diajar sekali seminggu, iaitu 4 kali sebulan, dan setiap sesi kelas berbayar berlangsung selama 40 minit. Pakej Basic merangkumi 2 subjek seminggu, Pro 4 subjek dan Premium kesemua 7 subjek.
Waktu penuh setiap kelas ada pada jadual mingguan di atas.
Ia bergantung pada berapa banyak subjek yang anda mahu dibuka setiap minggu. Basic membuka 2 subjek pilihan anda pada RM27.50 sesubjek, Pro 4 subjek pada RM20.00, dan Premium kesemua 7 subjek pada RM17.86. Semakin banyak subjek diambil, semakin murah kos bagi setiap subjek.
Premium ialah satu-satunya pakej yang membuka kesemua 7 subjek, iaitu persis apa yang anak alami sepanjang percubaan 7 hari.
Tempoh 2 bulan menjimatkan 10% dan tempoh 3 bulan menjimatkan 20%, berbanding membayar sebulan demi sebulan. Sebagai contoh, Premium berharga RM125 sebulan, atau RM300 untuk 3 bulan, iaitu penjimatan RM75.
Boleh, bila-bila masa. Hari yang sudah anda bayar tidak hangus: apabila anda membeli pakej yang lebih tinggi, pakej baharu itu bermula dahulu dan baki hari pakej lama menyambung selepasnya.
PCHI dan Amali Solat terbuka kepada semua, termasuk akaun tanpa langganan dan selepas percubaan tamat. Tujuh subjek yang lain, iaitu Ibadah, Akidah, Sirah, Bahasa Arab, Adab, Jawi/Khat dan Al-Quran, dibuka mengikut pakej yang dilanggan.
Setiap kelas dirakam. Rakaman dan nota boleh dibuka bila-bila masa, dan mata ganjaran masih boleh dikumpul dengan membaca nota.
Selagi langganan aktif, rakaman kekal dalam app. Tiada had tempoh.
Tidak. Satu akaun ibu bapa boleh mengurus beberapa anak sekali gus: setiap anak ada jadual, kehadiran dan mata ganjarannya sendiri, dan semua pembayaran diurus dari satu tempat.
Langganan pula dikira bagi setiap anak, kerana setiap anak menyertai kelas Tahunnya sendiri. Percubaan percuma 7 hari diberi sekali bagi satu keluarga, dan boleh digunakan untuk mencuba kesemua 7 subjek pada seorang anak.
Pembayaran dibuat dengan selamat menerusi perbankan online FPX atau kad kredit/debit, sama ada dalam app Android atau dalam browser. Di iPhone dan iPad, pembayaran yang dibuat di dalam app diselesaikan melalui App Store pada harga yang sama. Setiap pembayaran direkodkan dengan invois di dalam app.
Ya. Harga dalam app iPhone dan iPad sama dengan harga di laman web ini, di app Android dan di browser. Sebagai contoh, Basic 1 bulan berharga RM55 di semua platform. Apple menggunakan senarai harga tetap, jadi sesetengah pakej tertera RM0.10 lebih rendah di App Store.
Satu-satunya perbezaan ialah kod baucar: App Store tidak menerima kod diskaun kami. Jika anda ada kod baucar, bayar di app.kafaboost.my melalui browser atau di dalam app Android, kemudian log masuk dalam app KAFA Boost di iPhone dengan akaun yang sama. Langganan anda terus aktif dalam app. Lihat harga penuh.
Kedua-duanya boleh, dan kami syorkan app. Di Android dan iOS, app memberi notifikasi peringatan sebelum kelas bermula, masuk kelas live sekali sentuh, serta rakaman dan nota yang lebih lancar. Versi browser sesuai untuk komputer, atau jika anda mahu mula serta-merta tanpa download. Akaun dan langganan yang sama berfungsi pada semuanya.
Mata ganjaran ialah cara kami menggalakkan anak hadir dan mengulang kaji. Ada dua cara mengumpulnya: menghadiri kelas live, dan membaca nota kelas sehingga habis, dengan nota Penuh bernilai lebih daripada Ringkas. Mata terkumpul boleh ditebus dengan app pembelajaran KAFA kami secara percuma.
Download app di Google Play (Android) atau App Store (iPhone dan iPad). KAFA Boost juga boleh digunakan terus dalam browser pada komputer, telefon dan tablet, dengan akaun yang sama.
Cuba percuma 7 hari.